Friday, January 30, 2009

Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 2009



Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 2009 telah diadakan pada 12 hingga 18 Januari 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah amanah daripada Penolong-penolong Kanan, taklimat daripada guru-guru, serta beberapa aktiviti LDK dan pertandingan yang dijalankan.

Aktiviti yang dijalankan ialah seperti ice breaking, team building, pengurusan diri, Program Cahaya Iman, Tahsin Al-Quran dan sebagainya. Pertandingan juga banyak diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru seperti pertandingan nasyid, persembahan kesenian, tilawah Al-Quran, hafazan, memberi khutbah, bercerita, tulisan khat, treasure hunt, sukaneka dan sebagainya.

Majlis penutup terpaksa ditunda daripada 16 Januari ke 23 Januari atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimana pun, majlis penutup berjalan dengan lancar. Pada majlis penutup tersebut, pertandingan nasyid dan persembahan kesenian diadakan. Pengetua SMAPK iaitu Tuan Syed Baharom Syed Hussin telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kesemua pertandingan. Secara keseluruhannya, para pelajar tingkatan 1 amat berpuas hati walau pun ada yang mengalami homesick dan telah berjumpa dengan PRS dan kaunselor.

Kaunselor ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua PRS percubaan tingkatan 4 yang begitu komited dan bertungkus lumus dalam menjayakan Program MSR ini. Tahniah diucapkan!

Monday, January 12, 2009

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2009




Pada 12 Januari 2009, bermulalah episod baru dalam kehidupan para pelajar tingkatan 1 SMAPK yang mendaftar. Lebih kurang 120 para pelajar yang mendaftar pada hari ini. Selepas ini, mereka akan menjalani Program Minggu Silaturrahim (MSR) Tingkatan 1 yang bermula pada 12 Januari sehingga 18 Januari 2009. Laporan mengenai aktiviti sepanjang Minggu MSR akan dimaklumkan kemudian.

Diharapkan agar semua pelajar Tingkatan 1 dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama.

Tuesday, January 6, 2009

Selamat Kembali!

Hari ini iaitu 5 Januari 2009 merupakan hari pertama persekolahan di SMAPK. Para pelajar begitu teruja untuk menjalani hari persekolahan. Oleh yang demikian, kaunselor-kaunselor SMAPK ingin mengucapkan selamat kembai kepada semua. PRS begitu beria-ia untuk memasuki bilik UBK yang baru. Ramai juga guru-guru yang singgah untuk melihat bilik UBK yang baru. Pada waktu petangnya, PRS mengadakan mesyuarat utuk persiapan Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 yang akan bermula pada 12 hingga 23 Januari 2009.

Satu lagi berita ialah SMAPK sekarang mempunyai hanya 2 kaunselor sahaja memandangkan Pn Shairatul Azlin sudah memulakan pengajiannya dalam bidang Sarjana di UKM pada minggu lepas. Diharapkan Pn Azlin dapat mengharungi pengajiannya dengan cemerlang sekali.

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata