Sunday, May 16, 2010

sehari bersama Sasterawan Negara dan penulis-penulis

Tarikh : 14 Mei 2010
Tempat : SMAP Kajang


Pada hari Jumaat yang lalu, SMAP Kajang dihadiri sasterawan negara, Dr. Anwar Ridhwan dan beberapa penulis yang lain. Program ini adalah anjuran Persatuan Penulis Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. 27 penulis yang terpilih telah ditempatkan bersama-sama pelajar yang dibahagikan kepada 27 kelas.





Setiap pengarang diberi kebebasan untuk menceritakan apa saja mengenai dunia sastera sama ada proses kreatif, karya mahupun pengalaman menjadi penulis. Program ini bertujuan mendekatkan sasterawan dengan masyarakat khususnya generasi muda, sekali gus menerapkan minat mereka kepada karya sastera,”

En Hamzah Hamdani
Ketua Persatuan Penulis Selangor
sumber : Berita Harian











Tuesday, May 4, 2010

Kursus Asas PRS

Pada 30 April hingga 1 Mei telah berlansung kursus asas PRS peringkat sekolah.
Kursus ini Dikendalikan oleh PRS Tingkatan 5 dengan bantuan Umi NAfisah, Pn Norhanita dan En Azri.
Kursus ini berjalan dengan lancar meskipun ramai yang gagal menghadirkan diri atas sebab tertentu.

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata