Saturday, March 17, 2012

pertandingan sempena maulidur rasul dan memanah MSSS

pada 25 Februari 2012, SMAPK telah menghantar peserta marhaban, nasyid, pidato, tilawah dan hafazan ke SMK Sg. Long bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Peserta SMAPK telah menjuarai semua pertandingan kecuali pidato, di tempat kedua dan tilawah ditempat ketiga, dan juara akan mewakili zon ke peringkat daerah. taniah diucapkan kepada peserta SMAPK
selain itu, pasukan memanah SMAPK telah mengahntar pasukan untuk mewakili daerah dalam MSSS di INTESABER pada 24 Februari. 2 orang peserta berjaya mewakili Selangor. Tahniah diucapkan kepada saudara Abrar dan saudari Farhana.

Monday, March 12, 2012

majlis persaraan bonda pengetua

Pada 8 Februari, telah berlangsungnya majlis persaraan Pn Hajah Aminah bt Idris, pengetua SMAP Kajang yang ke-6. Untuk pengetahuan, tarikh tersebut juga merupakan tarikh lahir Puan Hajah Aminah iaitu pada 8 Februari. Majlis tersebut telah dilangsungkan  di Dewan Besar SMAP Kajang. Puan Hajah Aminah atau lebih mesra dipanggil 'bonda' oleh warga SMAP Kajang telah memulakan perkhidmatannya di bumi SMAP Kajang bermula 23 Mac 2009 sehinggalah 8 Februari 2011. Beliau telah berkhidmat di SMAP Kajang selama 2 tahun, 11 bulan dan 16 hari. Majlis tersebut bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Sebagai selingan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, pelbagai persembahan telah diadakan. Antaranya ialah persembahan dikir barat daripada pelajar-pelajar Thailand, puisi dan lagu dan persembahan yang dinanti-nantikan ramai iaitu  All For Ummah. Kepada Bonda, kami pelajar SMAP Kajang akan sentiasa mengingati jasa Bonda, dan doa kami sentiasa bersama Bonda

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata