Wednesday, September 9, 2009

Laporan Minggu Senyuman Semanis Coklat Buatmu Sahabat Peringkat Sekolah

Tarikh : 14 Julai 2009 hingga 20 Julai 2009
Tempat : Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

Minggu ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Rezazali b. Hj. Ansar pada 14 Julai 2009 bertempat di Dewan Haji Moohyidin SMAP Kajang. Semua pelajar terlibat dalam menjayakan program ini yang telah dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4 tahum 2009 dengan begitu gemilangnya.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut seperti pertandingan 'Selipar oh Selipar' yang telah disertai oleh wakil bagi setiap tingkatan 1, 2 dan 4. Aktiviti ini mampu menguji ketabahan dan daya kecekapan setiap peserta.

Aktiviti seterusnya iaitu pertandingan 'Mr. Bola-Bola'. Melalui aktiviti ini, para peserta dikehendaki mencipta sebuah boneka dengan menggunakan belon. Pertandingan ini diadili melalui keserlahan daya kreativiti setiap peserta. Para peserta juga memerlukan tahap kesabaran iman yang tinggi dalam melakukam aktiviti ini kerana belon mudah pecah ketika aktiviti ini diljalankan.

Pada waktu petang hari Rabu, telah diadakan pertandingan 'Banana Kiss' dan pertandingan makan coklat. Sikap bantu-membantu amat diperlukan ketika melakukan aktiviti ini untuk melahirkan satu hubungan persahabatan yang murni dalam diri setiap peserta. Aktiviti ini tidak memerlukan banyak kos kerana kami mempunyai inisiatif tersendiri untuk mencari modal.

Pertandingan yang paling popular iaitu 'How Do I Look'. Pertandinagn ini memerlukan tahap keberanian dan daya tarikan yang tinggi jika ingin memenangi acara ini. Selain itu, aktiviti 'Special Delivery' dan pertandingan Foto Paling Menawan turut dilakukan dalam minggu ini.

Dengan adanya minggu ini, para pelajar SMAP Kajang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar dan mengukuhkan hubungan persahabatan agar kekal hingga badan dikandung tanah

Disediakan oleh,

NUR HAZIRAH BT CHE NOH
Wakil PRS tingkatan 4.

Laporan Minggu Kerjaya Peringkat SBP Zon Tengah 2009

Tarikh : 12 Jun 2009
Hari : Rabu
Tempat : SBPI Sabak Bernam

Pada 17 Jun yang lalu seramai 12 orang pelajar tingkatan 4 telah menyertai pertandingan kerjaya bersempena Minggu Kerjaya Peringkat Zon Tengah . Di samping itu , pelajar tingkatan 5 marikh turut serta seramai 28 orang untuk mengikuti ceramah mengenai biasiswa IPTA/IPTS yang telah disediakan . Terdapat 20 buah universiti yang menyediakan maklumat mengenai IPTA/IPTS .

Pelajar tingkatan 4 yang dihantar untuk mewakili Smap Kajang telah mengikuti 3 pertandingan utama pada hari tersebut iaitu Eksplorasi Alam Kerjaya , Media Maklumat Kerjaya dan Poster Kerjaya . Pada majlis penutup Minggu Kerjaya Peringkat SBP Zon Tengah , Sek Men Agama Perseketuan Kajang berjaya mendapat tempat ke-3 bagi pertandingan Media Maklumat Kerjaya dan Poster Kerjaya .

Program seperti ini amat berguna kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal meninggalkan alam persekolahan bagi mereka menentukan IPTA/IPTS yang bersesuaian . Di samping itu , pertandingan seumpama ini akan menjana minda pelajar agar mereka memupuk semangat bercita-cita tinggi demi masa hadapan .

Sekian terima kasih

Laporan disediakan ,
Nor Farahin Bt Zainal Abidin
Setiausaha PRS tingkatan 4
Sekolah Men Agama Perseketuan Kajang

Perancangan Jamuan Akhir Tahun Pembimbing Rakan Sebaya 2009

Tarikh : 22 Mei 2009
Tempat : Anjung Hayati Smap Kajang
Masa : 9.30 malam
Kehadiram : Semua Pembimbing Rakan Sebaya Smap Kajang

Pada 22 mei yang lalu , semua PRS Smap Kajang telah dipanggil ke Anjung Hayati bagi menghadiri perjumpaan mengenai penerangan dan meminta pandangan serta pendapat tentang jamuan akhir tahun yang bakal dilaksanakan untuk tahun 2009 ini .

Pengerusi PRS tingkatan 4 , Wan Muhammad Danial Waiz telah memberi sedikit penerangan mengenai jamuan yang bakal dilaksanakan dan kemudiannya berlaku sesi bertukar-tukar pendapat bagi menentukan tempat jamuan , tema jamuan , bayaran , tarikh dan lain-lain .

Pembahagian tugasan diberikan kepada 3 kumpulan kecil iaitu bahagian persiapan tempat , bahagian aktiviti dan bahagian dana , perjumpaan susulan telah dirancang untuk menggababungkan hasil dapatan dari setiap kumpulan yang telah dipecahkan .

Mudah-mudahan jamuan akhir tahun PRS Smap Kajang akan berjalan dengan jayanya .

Laporan disediakan ,
Nor Farahin Bt Zainal Abidin
Setiausaha PRS tingkatan 4
Sekolah Men Agama Perseketuan Kajang

Thursday, September 3, 2009

Laporan Perancangan Lawatan Tahunan Pembimbing Rakan Sebaya

Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Lawatan Tahunan Pembimbing Rakan Sebaya di Latto Charok , Janda Baik , Pahang . Lawatan ini dijalankan bermula pada tanggal 30 Oktober 2009 hingga 2 November 2009 dan disertai seramai 38 orang pelajar yang diiringi oleh 2 orang guru pengiring .

Pada hari jumaat , 30 Oktober 2009 , para peserta akan bertolak dari Sekolah Men Agama Perseketuan Kajang pada jam 2.30 petang dan dianggarkan akan tiba di Latto Charok Resort , Janda Baik pada jam 5.00 petang . Pada sebelah malam , aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) akan diadakan diikuti dengan 'night walk' . Kemudian para peserta kumpul daya bermula pada jam 12.00 malam .

Seterusnya , pada hari sabtu , 31 Oktober 2009 , para peserta akan bersarapan dahulu sebelum memulakan hari mereka dengan aktiviti 'jungle trekking' . Dalam aktiviti tersebut , para peserta akan singgah di Ulu Tampit untuk menikmati keindahan Air Terjun Ulu Tampit . Seterusnya , para peserta akan bergerak ke Kuala Gandah selepas solat Zohor . Pada sebelah malam , Aktiviti Dalam Kumpulan (LDK) akan dijalankan yang dikendalikan oleh ahli-ahli Biro . Aktiviti seterusnya ialah kumpul daya bagi peserta bermula jam 12.00 malam .

Pada hari ahad , 1 November 2009 , sebaik celiknya mata para peserta pada jam 6.00 pagi , mereka akan diberi masa untuk menguruskan diri masing-masing sebelum menunaikan solat subuh secara berjemaah . Lebih kurang pada pukul 7.30 pagi , para peserta akan diberi sarapan pagi . Setelah selesai sarapan pagi . bas yang disediakan akan bertolak ke Genting Highland Theme Park pada jam 8.20 pagi . Bas akan bertolak pulang ke Latto Charok Resort pada jam 6.00 petang . Aktiviti seterusnya dinikmati bersama peserta apabila aktiviti BBQ dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan dan bakal merakam 1001 memori indah dalam kehidupan para peserta . Kemudian , para peserta akan masuk tidur untuk melepaskan lelah masing-masing .

Keesokan paginya , setelah selesai bersolat dan bersarapan , masa untuk aktiviti bebas diperuntukkan sehingga solah Zohor . Selepas itu , para peserta akan bertolak ke Colmar Trocpical untuk kembara aktiviti yang seterusnya . Aktiviti Latuhan Dalam Kumpulan (LDK) turut dijalankan . Setelah selesai kesemua aktiviti , bas akan bertolak pulang ke SMAPK .

Kami berharap agar Lawatan Tahunan Pembimbing Rakan Sebaya yang bakal dijalankan ini akan memberi kenangan yang yang cukup manis buat para peserta disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim .


Disediakan oleh ,
(Noor Amy Halida Bt Zolkopli)
Setiausaha Lawatan Pembimbing Rakan Sebaya

Laporan Pemilihan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Pertama bagi Tahun 2010

Pada 23 Julai 2009 , Khamis , beberapa orang pembimbing rakan sebaya tingkatan 4 telah melakukan pemilihan pembimbing rakan sebaya bagi tahun 2009

Pemilihan dilakukan di dewan makan SMAPK dengan menggunakan borang IPS . Oleh sebab borang dan kertas jawapan tidak dapat dicetak , pembimbing rakan sebaya tingkatan empat mengambil inisiatif untuk membaca soalan yang berjumlah 160 kepada para calon . Para calon terdiri daripada para pelajar tingkatan satu , dua , tiga dan empat . Pemilihan berlaku dengan lancarnya .

Keseluruhannya , pemilihan pembimbing rakan sebaya ini akan menjamin kualiti pembimbing rakan sebaya pada masa depan .

Disediakan oleh ,
Fatin Iliyana Bt Jaafar
(Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4)
Sekolah Men Agama Perseketuan Kajang

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata