Thursday, September 3, 2009

Laporan Perancangan Lawatan Tahunan Pembimbing Rakan Sebaya

Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Lawatan Tahunan Pembimbing Rakan Sebaya di Latto Charok , Janda Baik , Pahang . Lawatan ini dijalankan bermula pada tanggal 30 Oktober 2009 hingga 2 November 2009 dan disertai seramai 38 orang pelajar yang diiringi oleh 2 orang guru pengiring .

Pada hari jumaat , 30 Oktober 2009 , para peserta akan bertolak dari Sekolah Men Agama Perseketuan Kajang pada jam 2.30 petang dan dianggarkan akan tiba di Latto Charok Resort , Janda Baik pada jam 5.00 petang . Pada sebelah malam , aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) akan diadakan diikuti dengan 'night walk' . Kemudian para peserta kumpul daya bermula pada jam 12.00 malam .

Seterusnya , pada hari sabtu , 31 Oktober 2009 , para peserta akan bersarapan dahulu sebelum memulakan hari mereka dengan aktiviti 'jungle trekking' . Dalam aktiviti tersebut , para peserta akan singgah di Ulu Tampit untuk menikmati keindahan Air Terjun Ulu Tampit . Seterusnya , para peserta akan bergerak ke Kuala Gandah selepas solat Zohor . Pada sebelah malam , Aktiviti Dalam Kumpulan (LDK) akan dijalankan yang dikendalikan oleh ahli-ahli Biro . Aktiviti seterusnya ialah kumpul daya bagi peserta bermula jam 12.00 malam .

Pada hari ahad , 1 November 2009 , sebaik celiknya mata para peserta pada jam 6.00 pagi , mereka akan diberi masa untuk menguruskan diri masing-masing sebelum menunaikan solat subuh secara berjemaah . Lebih kurang pada pukul 7.30 pagi , para peserta akan diberi sarapan pagi . Setelah selesai sarapan pagi . bas yang disediakan akan bertolak ke Genting Highland Theme Park pada jam 8.20 pagi . Bas akan bertolak pulang ke Latto Charok Resort pada jam 6.00 petang . Aktiviti seterusnya dinikmati bersama peserta apabila aktiviti BBQ dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan dan bakal merakam 1001 memori indah dalam kehidupan para peserta . Kemudian , para peserta akan masuk tidur untuk melepaskan lelah masing-masing .

Keesokan paginya , setelah selesai bersolat dan bersarapan , masa untuk aktiviti bebas diperuntukkan sehingga solah Zohor . Selepas itu , para peserta akan bertolak ke Colmar Trocpical untuk kembara aktiviti yang seterusnya . Aktiviti Latuhan Dalam Kumpulan (LDK) turut dijalankan . Setelah selesai kesemua aktiviti , bas akan bertolak pulang ke SMAPK .

Kami berharap agar Lawatan Tahunan Pembimbing Rakan Sebaya yang bakal dijalankan ini akan memberi kenangan yang yang cukup manis buat para peserta disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim .


Disediakan oleh ,
(Noor Amy Halida Bt Zolkopli)
Setiausaha Lawatan Pembimbing Rakan Sebaya

No comments:

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata