Wednesday, September 9, 2009

Laporan Minggu Senyuman Semanis Coklat Buatmu Sahabat Peringkat Sekolah

Tarikh : 14 Julai 2009 hingga 20 Julai 2009
Tempat : Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang

Minggu ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Rezazali b. Hj. Ansar pada 14 Julai 2009 bertempat di Dewan Haji Moohyidin SMAP Kajang. Semua pelajar terlibat dalam menjayakan program ini yang telah dianjurkan oleh Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4 tahum 2009 dengan begitu gemilangnya.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu tersebut seperti pertandingan 'Selipar oh Selipar' yang telah disertai oleh wakil bagi setiap tingkatan 1, 2 dan 4. Aktiviti ini mampu menguji ketabahan dan daya kecekapan setiap peserta.

Aktiviti seterusnya iaitu pertandingan 'Mr. Bola-Bola'. Melalui aktiviti ini, para peserta dikehendaki mencipta sebuah boneka dengan menggunakan belon. Pertandingan ini diadili melalui keserlahan daya kreativiti setiap peserta. Para peserta juga memerlukan tahap kesabaran iman yang tinggi dalam melakukam aktiviti ini kerana belon mudah pecah ketika aktiviti ini diljalankan.

Pada waktu petang hari Rabu, telah diadakan pertandingan 'Banana Kiss' dan pertandingan makan coklat. Sikap bantu-membantu amat diperlukan ketika melakukan aktiviti ini untuk melahirkan satu hubungan persahabatan yang murni dalam diri setiap peserta. Aktiviti ini tidak memerlukan banyak kos kerana kami mempunyai inisiatif tersendiri untuk mencari modal.

Pertandingan yang paling popular iaitu 'How Do I Look'. Pertandinagn ini memerlukan tahap keberanian dan daya tarikan yang tinggi jika ingin memenangi acara ini. Selain itu, aktiviti 'Special Delivery' dan pertandingan Foto Paling Menawan turut dilakukan dalam minggu ini.

Dengan adanya minggu ini, para pelajar SMAP Kajang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama pelajar dan mengukuhkan hubungan persahabatan agar kekal hingga badan dikandung tanah

Disediakan oleh,

NUR HAZIRAH BT CHE NOH
Wakil PRS tingkatan 4.

Laporan Minggu Kerjaya Peringkat SBP Zon Tengah 2009

Tarikh : 12 Jun 2009
Hari : Rabu
Tempat : SBPI Sabak Bernam

Pada 17 Jun yang lalu seramai 12 orang pelajar tingkatan 4 telah menyertai pertandingan kerjaya bersempena Minggu Kerjaya Peringkat Zon Tengah . Di samping itu , pelajar tingkatan 5 marikh turut serta seramai 28 orang untuk mengikuti ceramah mengenai biasiswa IPTA/IPTS yang telah disediakan . Terdapat 20 buah universiti yang menyediakan maklumat mengenai IPTA/IPTS .

Pelajar tingkatan 4 yang dihantar untuk mewakili Smap Kajang telah mengikuti 3 pertandingan utama pada hari tersebut iaitu Eksplorasi Alam Kerjaya , Media Maklumat Kerjaya dan Poster Kerjaya . Pada majlis penutup Minggu Kerjaya Peringkat SBP Zon Tengah , Sek Men Agama Perseketuan Kajang berjaya mendapat tempat ke-3 bagi pertandingan Media Maklumat Kerjaya dan Poster Kerjaya .

Program seperti ini amat berguna kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal meninggalkan alam persekolahan bagi mereka menentukan IPTA/IPTS yang bersesuaian . Di samping itu , pertandingan seumpama ini akan menjana minda pelajar agar mereka memupuk semangat bercita-cita tinggi demi masa hadapan .

Sekian terima kasih

Laporan disediakan ,
Nor Farahin Bt Zainal Abidin
Setiausaha PRS tingkatan 4
Sekolah Men Agama Perseketuan Kajang

Perancangan Jamuan Akhir Tahun Pembimbing Rakan Sebaya 2009

Tarikh : 22 Mei 2009
Tempat : Anjung Hayati Smap Kajang
Masa : 9.30 malam
Kehadiram : Semua Pembimbing Rakan Sebaya Smap Kajang

Pada 22 mei yang lalu , semua PRS Smap Kajang telah dipanggil ke Anjung Hayati bagi menghadiri perjumpaan mengenai penerangan dan meminta pandangan serta pendapat tentang jamuan akhir tahun yang bakal dilaksanakan untuk tahun 2009 ini .

Pengerusi PRS tingkatan 4 , Wan Muhammad Danial Waiz telah memberi sedikit penerangan mengenai jamuan yang bakal dilaksanakan dan kemudiannya berlaku sesi bertukar-tukar pendapat bagi menentukan tempat jamuan , tema jamuan , bayaran , tarikh dan lain-lain .

Pembahagian tugasan diberikan kepada 3 kumpulan kecil iaitu bahagian persiapan tempat , bahagian aktiviti dan bahagian dana , perjumpaan susulan telah dirancang untuk menggababungkan hasil dapatan dari setiap kumpulan yang telah dipecahkan .

Mudah-mudahan jamuan akhir tahun PRS Smap Kajang akan berjalan dengan jayanya .

Laporan disediakan ,
Nor Farahin Bt Zainal Abidin
Setiausaha PRS tingkatan 4
Sekolah Men Agama Perseketuan Kajang

Thursday, September 3, 2009

Laporan Perancangan Lawatan Tahunan Pembimbing Rakan Sebaya

Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4 dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Lawatan Tahunan Pembimbing Rakan Sebaya di Latto Charok , Janda Baik , Pahang . Lawatan ini dijalankan bermula pada tanggal 30 Oktober 2009 hingga 2 November 2009 dan disertai seramai 38 orang pelajar yang diiringi oleh 2 orang guru pengiring .

Pada hari jumaat , 30 Oktober 2009 , para peserta akan bertolak dari Sekolah Men Agama Perseketuan Kajang pada jam 2.30 petang dan dianggarkan akan tiba di Latto Charok Resort , Janda Baik pada jam 5.00 petang . Pada sebelah malam , aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) akan diadakan diikuti dengan 'night walk' . Kemudian para peserta kumpul daya bermula pada jam 12.00 malam .

Seterusnya , pada hari sabtu , 31 Oktober 2009 , para peserta akan bersarapan dahulu sebelum memulakan hari mereka dengan aktiviti 'jungle trekking' . Dalam aktiviti tersebut , para peserta akan singgah di Ulu Tampit untuk menikmati keindahan Air Terjun Ulu Tampit . Seterusnya , para peserta akan bergerak ke Kuala Gandah selepas solat Zohor . Pada sebelah malam , Aktiviti Dalam Kumpulan (LDK) akan dijalankan yang dikendalikan oleh ahli-ahli Biro . Aktiviti seterusnya ialah kumpul daya bagi peserta bermula jam 12.00 malam .

Pada hari ahad , 1 November 2009 , sebaik celiknya mata para peserta pada jam 6.00 pagi , mereka akan diberi masa untuk menguruskan diri masing-masing sebelum menunaikan solat subuh secara berjemaah . Lebih kurang pada pukul 7.30 pagi , para peserta akan diberi sarapan pagi . Setelah selesai sarapan pagi . bas yang disediakan akan bertolak ke Genting Highland Theme Park pada jam 8.20 pagi . Bas akan bertolak pulang ke Latto Charok Resort pada jam 6.00 petang . Aktiviti seterusnya dinikmati bersama peserta apabila aktiviti BBQ dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan dan bakal merakam 1001 memori indah dalam kehidupan para peserta . Kemudian , para peserta akan masuk tidur untuk melepaskan lelah masing-masing .

Keesokan paginya , setelah selesai bersolat dan bersarapan , masa untuk aktiviti bebas diperuntukkan sehingga solah Zohor . Selepas itu , para peserta akan bertolak ke Colmar Trocpical untuk kembara aktiviti yang seterusnya . Aktiviti Latuhan Dalam Kumpulan (LDK) turut dijalankan . Setelah selesai kesemua aktiviti , bas akan bertolak pulang ke SMAPK .

Kami berharap agar Lawatan Tahunan Pembimbing Rakan Sebaya yang bakal dijalankan ini akan memberi kenangan yang yang cukup manis buat para peserta disamping mengeratkan lagi hubungan silaturahim .


Disediakan oleh ,
(Noor Amy Halida Bt Zolkopli)
Setiausaha Lawatan Pembimbing Rakan Sebaya

Laporan Pemilihan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Pertama bagi Tahun 2010

Pada 23 Julai 2009 , Khamis , beberapa orang pembimbing rakan sebaya tingkatan 4 telah melakukan pemilihan pembimbing rakan sebaya bagi tahun 2009

Pemilihan dilakukan di dewan makan SMAPK dengan menggunakan borang IPS . Oleh sebab borang dan kertas jawapan tidak dapat dicetak , pembimbing rakan sebaya tingkatan empat mengambil inisiatif untuk membaca soalan yang berjumlah 160 kepada para calon . Para calon terdiri daripada para pelajar tingkatan satu , dua , tiga dan empat . Pemilihan berlaku dengan lancarnya .

Keseluruhannya , pemilihan pembimbing rakan sebaya ini akan menjamin kualiti pembimbing rakan sebaya pada masa depan .

Disediakan oleh ,
Fatin Iliyana Bt Jaafar
(Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4)
Sekolah Men Agama Perseketuan Kajang

Sunday, August 23, 2009

Perancangan Lawatan

Tanggal 15 Ogos bertempat di kelas 4 kejora , telah diadakan mesyuarat bulanan bagi Pembimbing Rakan Sebaya Smap Kajang tingkatan 4 . Mesyuarat ini membincangkan program-program yang bakal dilaksanakan sepanjang bulan september dan oktober supaya boleh membuat persiapan awal . Setelah membuat kata sepakat di awal perbincangan . PRS tingkatan 4 bersetuju untuk merangka perangcangan lawatan tahunan . Butiran adalah seperti berikut :-

Perancangan Lawatan Ke Janda Baik , Pahang

Tarikh : Belum dipastikan lagi dan akan diberitahu kemudian

Pengarah Program : Mohd Azam Addin B Azrai
Naib Pengarah Program : Za'tul Najahah
Setiausaha : Noor Amy Halida Bt Zolkopli
Bendahari : Nur Hazirah Bt Che Noh

*Jawatankuasa ini akan diubah dari semasa ke semasa , insya-Allah

Mudah-mudahan perjalanan program ini akan berjalan dengan lancar .

Saturday, August 22, 2009

Kejohanan Bowling Pembimbing Rakan Sebaya peringkat Hulu Langat




Pada 26 Ogos 2009 betempat di Mines Shopping Mall , telah diadakan Kejohanan Bowling Pembimbing Rakan Sebaya peringkat Hulu Langat yang telah dirasmikan oleh En Aziz , Pegawai Hal Ehwal Murid Hulu Langat .

Smap Kajang telah menghantar 3 pasukan ( 2 orang putera dan 2 orang puteri setiap pasukan ) yang hebat tingkatan 4 dan 3 orang guru pembimbing Pn Norhanita Bt Othman , En Zuzi Syafie dan En Maslan Ismail yang akan mengetuai setiap pasukan yang dihantar .

Maklumat Kejohanan adalah seperti berikut :-

Smap Kajang A :

En Maslan B Ismail
Wan Muhammad Danial Waiz B Zulkiffli
Ahmad Azam Addin B Azrai
Azleen Zaihira Bt Moh Amin Zainorin
Nur Badariah Bt Abd Rahman

Smap Kajang B :

En Zuzi B Syafie
Sharifuz Zulhusni B Kamarudin
Mohd Izzat B Othman
Siti Shalwani Bt Fauzi@Kauzi
Ezatty Azura Bt Paudzi

Smap Kajang C :

Pn Norhanita Bt Othman
Nazirul Mubin
Abd Fattah B Razali
Nur HazirahBt Che Noh
Anis Amira Bt Aznan

En Zuzi B Syafie - Ketiga ( kategori Individu )
Smap Kajang A - Kedua ( Pasukan )
Smap Kajang B - ketiga ( Pasukan )

Tahniah kepada para pemenang . Semoga Smap Kajang lebih unggul pada tahun akan datang .

Program Gilap Mutiara




Pada 15 Ogos 2009 , Unit Bimbingan dan Kaunseling Smap Kajang telah mengatur program khas bagi mengesan pelajar-pelajar Smap Kajang yang mempunyai potensi untuk terus mengecapi kejayaan di atas muka bumi Smap Kajang ini . Seramai 26 orang pelajar tingkatan 4 telah mengikuti program ini selama 2 hari 1 malam dengan jayanya dan dibantu oleh beberapa orang Pembimbing Rakan Sebaya tingkatan 4 . Program dimulakan selepas solat jumaat di Bilik Seminar Sekolah .

Aturcara program adalah seperti yang berikut :-

15 Ogos

2.45-3.30 petang - Potensi Diri ( Ust Wan Akashah Wan Abd Hamid )
3.30-4.30 petang - IPS ( Pn Norhanita Bt Othman )
4.35-5.15 petang - Rehat
5.30-6.15 petang - 'Art Therapy' ( Pn Nafisah )
6.15-7.30 petang- Rehat
7.30-9.00 malam - Solat Berjemaah dan bacaan Yassin ( Ust Shahrizan )
9.00-10.30 malam - Bersama Ust Syukri Ismail

16 Ogos

8.00-9.oo pagi - Pergulungan Program ( Pn Nafisah )
9.00-11.00 pagi - Program Khas bersama Bonda Pengetua , Pn Hjh Aminah Bt Idris

Semoga dengan program ini dilaksanakan . Pelajar-pelajar Smap Kajang lebih efisien dalam melakukan tugas harian sebagai seorang pelajar dan menempah kejayaan di masa akan datang . Insya-Allah

SMAPk Strives for Excellences

Pemilihan Pembimbing Rakan Sebaya 2010

Pada tarikh 23 Julai 2009 telah diadakan pemilihan bagi memilih calon-calon Pembimbing Rakan Sebaya Smap Kajang yang baru yang diadakan di Dewan Makan Sekolah . Pemilihan ini melibatkan beberapa peringkat . Peringkat yang pertama calon-calon dikehendaki mengambil ujian bertulis yakni Inventori Selidik (IPS) . Seramai 253 orang pelajar dari semua tingkatan mengambil ujian bertulis tersebut . Namun hanya 30 orang sahaja calon ( 15 orang putera dan 15 orang puteri ) dari setiap tingkatan akan diambil untuk di bawa ke peringkat yang seterusnya .

Pada 11 , 12 dan 13 Ogos pula , telah diadakan pemilihan peringkat kedua bagi memilih calon-calon Pembimbing Rakan Sebaya Smap Kajang yang diadakan di Bilik Bimbingan dan Kaunseling Sekolah . Pemilihan kali ini melibatkan Majlis Tertinggi Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4 dan beberapa PRS dari Majlis Tertinggi tingkatan 5 . Calon-calon di temu duga oleh Majlis tertinggi PRS tingkatan 4 dan 5 untuk melihat keyakinan calon-calon Pembimbing Rakan Sebaya yang baru menunjukkan potensi diri masing-masing . Namun hanya 20 orang pelajar ( 10 orang putera dan 10 orang puteri ) akn dibawa ke peringkat pencalonan yang terakhir untuk di temu duga oleh Kaunselor-kaunselor hebat Smap Kajang .

Keputusan bagi memilih bakal-bakal pemimpin tahun 2010 terletak di tangan kaunselor-kaunselor sekolah . Kita doakan agar calon-calon dapat menempuhi segala rintangan dengan hati yang tabah dan memenuhi kehendak kaunselor-kaunselor sekolah untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya yang disegani oleh semua orang .
Insya-Allah

Friday, August 7, 2009

Pengemas Kini Baru .

Assalamualaikum..

Disini saya Wan Muhammad Danial Waiz B Zulkiffli ,Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Menengah Agama Perseketuan Kajang akan mengambil alih blog ini dengan rasminya disebabkan perpindahan Pn Hasreena Bt Abdul Rahman ke Kementerian Pendidikan sebagai Penolong Pengarah.Jadi di kesempatan yang diberikan saya yang akan mengemas kini kan semua aktiviti yang dijalankan di bawah Unit Bimbingan dan Kauseling yang lepas sehingga ke yang terkini.InsyaAllah

Wslm

Monday, July 13, 2009

Cik Hasreena sudah berpindah

Memandangkan Danial yang menjaga blog ini belumlagi kemaskini maklumat di sini, biarlah saya memaklumkan kepada semua pengunjung bahawa mulai 22 Jun, saya telah berpindah ke Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Penolong Pengarah. Oleh yang demikian, saya telah amanahkan Danial untuk menjaga blog ini. Diharapkan Danial dapat menjalankan tugasnya ini dengan sebaik mungkin. Kesian pada Umi Nafisah, sekarang sudah solo kembali. Insya Allah beliau akan mendapat ganti saya yang baru dan muda serta handsome lagi :)

Tuesday, April 21, 2009

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Hulu Langat 2009

Pada 15 April 2009 bertempat di KUIS, SMAPK telah menghantar seramai 37 peserta untuk menyertai pertandingan Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Daerah Hulu Langat. Acara-acara yang diserta ialah sketsa kerjaya, melukis poster, melukis kain rentang, eksplorasi alam kerjaya, folio kerjaya, kuiz kerjaya, media maklumat dan kiosk kerjaya. Pihak KUIS juga menyediakan gerai-gerai pameran serta beberapa pertandingan untuk para pengunjung. Ramai pelajar dari sekolah berdekatan hadir ke karnival ini. Pada majlis penutup, SMAPK telah berjaya mendapat tempat kedua untukfolio kerjaya. Diharapkan agar SMAPK dapat merangkul lebih banyak kejayaan pada tahun hadapan.

Friday, April 17, 2009

Kursus Kejurulatihan PRS SBP Zon Tengah 2009



Kursus Kejurulatihan PRS SBP Zon Tengah telah diadakan di Dusun Eco Resort pada 12-14 April 2009. Seramai 130 orang PRS Tingkatan 4 mengambil bahagian (10 orang dari setiap sekolah, 13 buah sekolah kesemuanya). Para PRS didedahkan dengan kaunseling individu dan kaunseling kelompok, teknik penyelesaian masalah, public speaking slot, LDK, aktiviti merentas halangan serta ice breaker. Para PRS juga diminta untuk membentangkan pelan tindakan berdasarkan aktiviti yang telah diberikan oleh ketua fasilitator. Diharapkan selepas ini PRS SMAPK akan lebih mantap dalam menjalankan tugas!

Thursday, March 26, 2009

Program-program di bawah Bahagian Pengurusan SBP dan Kluster

Pada 25 Mac 2009 telah diadakan Mesyuarat Kaunselor SBP Zon Tengah di SM Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang. Ini merupakan pengalamana pertama kaunselor ke sana, jadi memang sangat teruja hendak ke SEMESTA (sehingga tersesat dibuatnya!). Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti yang terdekat ialah Kursus PRS SBP Zon Tengah.Aktiviti-aktiviti yang lain ialah Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah, Karnival Kerjaya SBP Kebangsaan, dan Seminar Profesionalisme Kaunselor SBP Zon Tengah. Diharapkan agara semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar.

Ujian Bulanan 1 dan Majlis Perpisahan Pengetua SMAPK

Ujian Bulanan 1 berlangsung pada 3 hingga 10 Mac. Kertas yang dijadualkan pada 6 Mac terpaksa ditunda pada 10 Mac bagi memberi laluan kepada Majlis Perpisahan Pengetua SMAPK. Diharap para pelajar dapat menjawab semua kertas ujian dengan baik (walaupun ada para pelajar baru yang terlalu takut untuk menduduki ujian sehinggakan mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada ujian).

Pada 6 Mac 2009 telah diadakan majlis perpisahan untuk Pengetua SMAPK iaitu Tuan Syed Baharom Syed Hussin di dewan sekolah. Kaunselor begitu sedih sekali kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana masih lagi terlibat dengan pembinaan modul untuk para pelajar Thailand (tetapi masih lagi sempat membeli hadiah UBK dan PRS untuk beliau). Di kesempatan ini, pihak UBK dan PRS ingin mengucapkan terima kasih di atas segala bantuan dan nasihat yang diberikan. Jasa Tn Syed akan kami kenang sampai bila-bila!

Program Cuti Sekolah Pelajar Thailand

Pada 4-6 Mac 2009, Kaunselor SMAPK serta Penyelaras Pelajar Thailand SMAPK bersama-sama dengan SMAP Labu telah mengadakan mesyuarat untuk membina modul bagi Program Cuti Sekolah Pelajar Thailand di Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Program ini dijalankan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mesyuarat berkisar kepada pembinaan modul yang menekankan kepada penguasaan Bahasa Inggeris memandangkan masih ramai lagi para pelajar Thailand yang lemah dalam penguasaan BI ini. Banyak aktiviti menarik yang dibincangkan seperti treasure hunt, word puzzle, lawatan ke Melaka dan sebagainya. Program ini berjalan pada cuti sekolah iaitu 14 hingga 22 Mac 2009 iaitu 14 hingga 17 Mac di SMAP Labu dan 18 hingga 22 Mac di SMAP Kajang. Pada akhir program, para pelajar Thailand kelihatan begitu gembira dan telah mendapat banyak pengetahuan dan kemahiran dalam Bahasa Inggeris. Diharapkan agar program ini telah membantu para pelajar Thailand ini dalam menghadapi pembelajaran di dalam kelas terutamanya bagi mata pelajaran kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

Sukan Tahunan Sekolah

Sukan Tahunan SMAPK diadakan di padang SMAPK pada 28 Februari 2009. Acara akhir seperti tarik tali, acara trek, dan acara guru telah diadakan dengan begitu meriah sekali. Tetamu jemputan ialah AJK PIBG SMAPK iaitu Datuk Wira Kasih. Kaunselor SMAPK iaitu Cik Hasreena telah dipilih untuk menjadi pengacara pada hari berkenaan. Walaupun ini merupakan pengalaman kaunselor kali pertama menjadi pengacara, namun akhirnya dapat juga dilaksanakan dengan baik (ada juga pengacara tersasul beberapa kali). Secara keseluruhannya Sukan Tahunan dapat berjalan dengan lancar.

Sunday, March 22, 2009

Berilah Sokongan Kepada Earth Hour

Kaunselor dan PRS SMAPK ingin mengajak anda untuk menyokong usaha murni ini bagi mengurangkan kesan pemanasan globl ini dengan menutup suis lampu anda selama sejam pada 28 Mac 2009dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Pada masa yang sama, kami ingin meminta agar anda semua dapat memastikan bahawa keselamatan anda adalah terjamin pada masa kegelapan tersebut. Jangan sampai anda mengabaikan keselamatan anda!

Friday, March 20, 2009

Sesi Penerangan & Perjumpaan Dengan Pemegang Bantuan Kewangan Petronas


Pada 10 Mac 2009 di Pusat atihan Petronas, Shah Alam, seramai 3 pelajar tingkatan 5 dan 1 orang pelajar tingkatan 4 telah menghadiri sesi penerangan dan perjumpaan ini. Para pelajar didedahkan kepada beberapa bidang kerjaya di Petronas seperti juruterapetroleum, jurutera awam dan sebagainya. Guru kaunseling juga berpeluang untuk memberi pandangan dalam sesi yang diadakan. Diharapkan agar sesi ini dapat memberi kesedaran kepada para pemegang biasiswa Petronas tentang kepentingan mendapat keputusan yang cemerlang serta aktif di dalam kegiatan kokurikulum.

Friday, March 6, 2009

Karnival Kerjaya 2009

Mesyuarat untuk pertandingan Karnival Kerjaya telah dijalankan di PPD pada 25 Februari di SMK Cheras Jaya. Dalam mesyuarat ini, kaunselor dimaklumkan tentang peraturan dan tema baru untuk pertandingan karnival kerjaya tahun ini.

Kaunselor telah mengadakan mesyuarat dengan PRS SMAPK tentang pertandingan ini. Sambutannya adalah sangat menggalakkan sehinggakan ada PRS berebut-rebut hendak mengambil bahagian dalam EAK (mungkin sebab hendak menang lagi :) ... kalau menang lagi la tahun ini) sampai kaunselor terpaksa "menakut-nakutkan" mereka tentang komitmen dan segala titik peluh dan darah serta air mata yang telah "tumpah" untuk sampai ke peringkat kebangsaan tahun lepas. Rupa-rupanya mereka masih berdegil dan akhirnya kaunselor menyerahkan kepada kemahiran PRS itu sendiri untuk berunding sesama sendiri. Harapan kaunselor agar para PRS dapat memberikan yang terbaik untuk pertandingan ini memandangkan pertandingan diadakan awal pada tahun ini.

Secara peribadi, kaunselor merasakan bahawa pertandingan kerjaya tahun ini sememangnya mencabar kerana tema yang baru dan masa yang suntuk untuk membuat persiapan. Bagaimana pun, kaunselor percaya bahawa PRS SMAPK mampu untuk melakukan yang terbaik. Doakanlah kejayaan kami!

Monday, March 2, 2009

Kursus Kepemimpinan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar SBP Kebangsaan


Ketua Umum dan Penolong Ketua Umum SMAPK telah menghadiri Kursus Kepemimpinan Ketua Pelajar dan Penolong Ketua Pelajar SBP Kebangsaan pada 21 hingga 25 Februari 2009 di Kajang Country Heights Resort. Para pemimpin pelajar ini didedahkan kepada Hala Tuju SBP, Budaya Tinggi serta berpeluang untuk bertemu tokoh-tokoh organisasi seperti Sepang F1, Kagumas Catering, MINT, KLIA Holdings, Shell dan sebagainya. Mereka perlu membentangkan hasil pertemuan mereka dengan tokoh tersebut kepada rakan-rakan mereka yang lain. Mereka juga perlu memberi pengucapan awam secara spontan bagi pelbagai tajuk dalam Bahasa Inggeris.

Majlis Pentauliahan PRS 2009

16 Februari melakar sejarah buat PRS SMAPK apabila mereka ditauliahkan dalam Majlis Pentauliahan PRS dan PPS semasa perhimpunan pagi dijalankan. Para PRS yang kelihatan segak dan cantik berpakaian baju rasmi PRS menerima watikah pelantikan dan seterusnya melafaz ikrar untuk menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Pemilihan PRS pada tahun ini agak ketat dan terperinci bagi memilih ahli PRS yang terbaik. Para PRS menengah rendah iaitu tingkatan 2 dan 3 dikehendaki untuk menghadiri kursus asas yang dikendalikan oleh para PRS tingkatan 3 yang berpengalaman. Pada masa yang sama, ini dapat melatih para PRS tingkatan 3 untuk mengendalikan program. Para PRS tingkatan 4 perlu menjalani tempoh percubaan iaitu sepanjang Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 berjalan. Selepas itu, mereka perlu menghadiri temuduga yang dikendalikan oleh Cik Hasreena dan Majlis Tertinggi PRS iaitu 4 orang PRS tingkatan 5.

Harapan kaunselor SMAPK ialah PRS dapat menjalankan tugas dengan baik serta dapat membantu Unit UBK untuk berfungsi dengan lebih optimum lagi. Tahniah diucapkan kepada PRS yang dilantik!

Minggu Silaturrahim Tingkatan 4 2009



Minggu Silaturrahim Tingkatan 4 2009 dijalankan dari 10 - 13 Februari 2009 melibatkan semua pelajar tingkatan 4 yang baru serta yang lama. Pada sebelah pagi 10 Februari, seramai 19 pelajar tingkatan 4 yang baru telah melapor diri. Pada sebelah malamnya, Program Minggu Silaturrahim Tingkatan 4 pun bermula.

Pada malam 10 Februari, slot yang dihadiri para pelajar ialah ceramah Jati Diri oleh Brother Saiful Redza Mohamed iaitu pegawai kaunseling UIAM. Brother Saiful banyak berkongsi pengalaman serta memberi nasihat kepada mereka tentang kehidupan sebagai remaja.

Pada 11 Februari, para pelajar mendengar taklimat daripada GKMP mengenai subjek-subjek yang perlu diambil oleh para pelajar. Selepas waktu rehat, pihak USIM mengambil alih 2 slot yang dikhaskan untuk mereka. Dua pegawai kaunseling hadir iaitu Puan Nurhazreen dan Encik Hasni untuk mengendalikan 2 slot tersebut yang bertajuk Hala Tuju Kerjaya dan Team Building.

Pada 12 Februari, para pelajar menghadiri 2 slot iaitu Slot Lughatul Quran oleh penceramah dari UKM dan Easy Math oleh En Zuzi dan En Rahim, guru SMAPK. Pada 13 Februari pula, guru-guru SMAPK pula mengendalikan 2 slot lagi iaitu Bersama Tokoh oleh Pn Jamiati (Panitia Sejarah) dan Program Cahaya Iman oleh ustaz yang "semanis kurma" iaitu Ustaz Wan Akashah.

Friday, January 30, 2009

Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 2009



Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 2009 telah diadakan pada 12 hingga 18 Januari 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah amanah daripada Penolong-penolong Kanan, taklimat daripada guru-guru, serta beberapa aktiviti LDK dan pertandingan yang dijalankan.

Aktiviti yang dijalankan ialah seperti ice breaking, team building, pengurusan diri, Program Cahaya Iman, Tahsin Al-Quran dan sebagainya. Pertandingan juga banyak diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru seperti pertandingan nasyid, persembahan kesenian, tilawah Al-Quran, hafazan, memberi khutbah, bercerita, tulisan khat, treasure hunt, sukaneka dan sebagainya.

Majlis penutup terpaksa ditunda daripada 16 Januari ke 23 Januari atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimana pun, majlis penutup berjalan dengan lancar. Pada majlis penutup tersebut, pertandingan nasyid dan persembahan kesenian diadakan. Pengetua SMAPK iaitu Tuan Syed Baharom Syed Hussin telah sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kesemua pertandingan. Secara keseluruhannya, para pelajar tingkatan 1 amat berpuas hati walau pun ada yang mengalami homesick dan telah berjumpa dengan PRS dan kaunselor.

Kaunselor ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua PRS percubaan tingkatan 4 yang begitu komited dan bertungkus lumus dalam menjayakan Program MSR ini. Tahniah diucapkan!

Monday, January 12, 2009

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2009




Pada 12 Januari 2009, bermulalah episod baru dalam kehidupan para pelajar tingkatan 1 SMAPK yang mendaftar. Lebih kurang 120 para pelajar yang mendaftar pada hari ini. Selepas ini, mereka akan menjalani Program Minggu Silaturrahim (MSR) Tingkatan 1 yang bermula pada 12 Januari sehingga 18 Januari 2009. Laporan mengenai aktiviti sepanjang Minggu MSR akan dimaklumkan kemudian.

Diharapkan agar semua pelajar Tingkatan 1 dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama.

Tuesday, January 6, 2009

Selamat Kembali!

Hari ini iaitu 5 Januari 2009 merupakan hari pertama persekolahan di SMAPK. Para pelajar begitu teruja untuk menjalani hari persekolahan. Oleh yang demikian, kaunselor-kaunselor SMAPK ingin mengucapkan selamat kembai kepada semua. PRS begitu beria-ia untuk memasuki bilik UBK yang baru. Ramai juga guru-guru yang singgah untuk melihat bilik UBK yang baru. Pada waktu petangnya, PRS mengadakan mesyuarat utuk persiapan Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 yang akan bermula pada 12 hingga 23 Januari 2009.

Satu lagi berita ialah SMAPK sekarang mempunyai hanya 2 kaunselor sahaja memandangkan Pn Shairatul Azlin sudah memulakan pengajiannya dalam bidang Sarjana di UKM pada minggu lepas. Diharapkan Pn Azlin dapat mengharungi pengajiannya dengan cemerlang sekali.

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata