Monday, March 2, 2009

Majlis Pentauliahan PRS 2009

16 Februari melakar sejarah buat PRS SMAPK apabila mereka ditauliahkan dalam Majlis Pentauliahan PRS dan PPS semasa perhimpunan pagi dijalankan. Para PRS yang kelihatan segak dan cantik berpakaian baju rasmi PRS menerima watikah pelantikan dan seterusnya melafaz ikrar untuk menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Pemilihan PRS pada tahun ini agak ketat dan terperinci bagi memilih ahli PRS yang terbaik. Para PRS menengah rendah iaitu tingkatan 2 dan 3 dikehendaki untuk menghadiri kursus asas yang dikendalikan oleh para PRS tingkatan 3 yang berpengalaman. Pada masa yang sama, ini dapat melatih para PRS tingkatan 3 untuk mengendalikan program. Para PRS tingkatan 4 perlu menjalani tempoh percubaan iaitu sepanjang Minggu Silaturrahim Tingkatan 1 berjalan. Selepas itu, mereka perlu menghadiri temuduga yang dikendalikan oleh Cik Hasreena dan Majlis Tertinggi PRS iaitu 4 orang PRS tingkatan 5.

Harapan kaunselor SMAPK ialah PRS dapat menjalankan tugas dengan baik serta dapat membantu Unit UBK untuk berfungsi dengan lebih optimum lagi. Tahniah diucapkan kepada PRS yang dilantik!

No comments:

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata