Thursday, March 26, 2009

Program Cuti Sekolah Pelajar Thailand

Pada 4-6 Mac 2009, Kaunselor SMAPK serta Penyelaras Pelajar Thailand SMAPK bersama-sama dengan SMAP Labu telah mengadakan mesyuarat untuk membina modul bagi Program Cuti Sekolah Pelajar Thailand di Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Program ini dijalankan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mesyuarat berkisar kepada pembinaan modul yang menekankan kepada penguasaan Bahasa Inggeris memandangkan masih ramai lagi para pelajar Thailand yang lemah dalam penguasaan BI ini. Banyak aktiviti menarik yang dibincangkan seperti treasure hunt, word puzzle, lawatan ke Melaka dan sebagainya. Program ini berjalan pada cuti sekolah iaitu 14 hingga 22 Mac 2009 iaitu 14 hingga 17 Mac di SMAP Labu dan 18 hingga 22 Mac di SMAP Kajang. Pada akhir program, para pelajar Thailand kelihatan begitu gembira dan telah mendapat banyak pengetahuan dan kemahiran dalam Bahasa Inggeris. Diharapkan agar program ini telah membantu para pelajar Thailand ini dalam menghadapi pembelajaran di dalam kelas terutamanya bagi mata pelajaran kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

No comments:

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata