Monday, March 2, 2009

Minggu Silaturrahim Tingkatan 4 2009



Minggu Silaturrahim Tingkatan 4 2009 dijalankan dari 10 - 13 Februari 2009 melibatkan semua pelajar tingkatan 4 yang baru serta yang lama. Pada sebelah pagi 10 Februari, seramai 19 pelajar tingkatan 4 yang baru telah melapor diri. Pada sebelah malamnya, Program Minggu Silaturrahim Tingkatan 4 pun bermula.

Pada malam 10 Februari, slot yang dihadiri para pelajar ialah ceramah Jati Diri oleh Brother Saiful Redza Mohamed iaitu pegawai kaunseling UIAM. Brother Saiful banyak berkongsi pengalaman serta memberi nasihat kepada mereka tentang kehidupan sebagai remaja.

Pada 11 Februari, para pelajar mendengar taklimat daripada GKMP mengenai subjek-subjek yang perlu diambil oleh para pelajar. Selepas waktu rehat, pihak USIM mengambil alih 2 slot yang dikhaskan untuk mereka. Dua pegawai kaunseling hadir iaitu Puan Nurhazreen dan Encik Hasni untuk mengendalikan 2 slot tersebut yang bertajuk Hala Tuju Kerjaya dan Team Building.

Pada 12 Februari, para pelajar menghadiri 2 slot iaitu Slot Lughatul Quran oleh penceramah dari UKM dan Easy Math oleh En Zuzi dan En Rahim, guru SMAPK. Pada 13 Februari pula, guru-guru SMAPK pula mengendalikan 2 slot lagi iaitu Bersama Tokoh oleh Pn Jamiati (Panitia Sejarah) dan Program Cahaya Iman oleh ustaz yang "semanis kurma" iaitu Ustaz Wan Akashah.

No comments:

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata