Friday, March 6, 2009

Karnival Kerjaya 2009

Mesyuarat untuk pertandingan Karnival Kerjaya telah dijalankan di PPD pada 25 Februari di SMK Cheras Jaya. Dalam mesyuarat ini, kaunselor dimaklumkan tentang peraturan dan tema baru untuk pertandingan karnival kerjaya tahun ini.

Kaunselor telah mengadakan mesyuarat dengan PRS SMAPK tentang pertandingan ini. Sambutannya adalah sangat menggalakkan sehinggakan ada PRS berebut-rebut hendak mengambil bahagian dalam EAK (mungkin sebab hendak menang lagi :) ... kalau menang lagi la tahun ini) sampai kaunselor terpaksa "menakut-nakutkan" mereka tentang komitmen dan segala titik peluh dan darah serta air mata yang telah "tumpah" untuk sampai ke peringkat kebangsaan tahun lepas. Rupa-rupanya mereka masih berdegil dan akhirnya kaunselor menyerahkan kepada kemahiran PRS itu sendiri untuk berunding sesama sendiri. Harapan kaunselor agar para PRS dapat memberikan yang terbaik untuk pertandingan ini memandangkan pertandingan diadakan awal pada tahun ini.

Secara peribadi, kaunselor merasakan bahawa pertandingan kerjaya tahun ini sememangnya mencabar kerana tema yang baru dan masa yang suntuk untuk membuat persiapan. Bagaimana pun, kaunselor percaya bahawa PRS SMAPK mampu untuk melakukan yang terbaik. Doakanlah kejayaan kami!

No comments:

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata