Saturday, March 17, 2012

pertandingan sempena maulidur rasul dan memanah MSSS

pada 25 Februari 2012, SMAPK telah menghantar peserta marhaban, nasyid, pidato, tilawah dan hafazan ke SMK Sg. Long bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Peserta SMAPK telah menjuarai semua pertandingan kecuali pidato, di tempat kedua dan tilawah ditempat ketiga, dan juara akan mewakili zon ke peringkat daerah. taniah diucapkan kepada peserta SMAPK
selain itu, pasukan memanah SMAPK telah mengahntar pasukan untuk mewakili daerah dalam MSSS di INTESABER pada 24 Februari. 2 orang peserta berjaya mewakili Selangor. Tahniah diucapkan kepada saudara Abrar dan saudari Farhana.

Monday, March 12, 2012

majlis persaraan bonda pengetua

Pada 8 Februari, telah berlangsungnya majlis persaraan Pn Hajah Aminah bt Idris, pengetua SMAP Kajang yang ke-6. Untuk pengetahuan, tarikh tersebut juga merupakan tarikh lahir Puan Hajah Aminah iaitu pada 8 Februari. Majlis tersebut telah dilangsungkan  di Dewan Besar SMAP Kajang. Puan Hajah Aminah atau lebih mesra dipanggil 'bonda' oleh warga SMAP Kajang telah memulakan perkhidmatannya di bumi SMAP Kajang bermula 23 Mac 2009 sehinggalah 8 Februari 2011. Beliau telah berkhidmat di SMAP Kajang selama 2 tahun, 11 bulan dan 16 hari. Majlis tersebut bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Sebagai selingan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, pelbagai persembahan telah diadakan. Antaranya ialah persembahan dikir barat daripada pelajar-pelajar Thailand, puisi dan lagu dan persembahan yang dinanti-nantikan ramai iaitu  All For Ummah. Kepada Bonda, kami pelajar SMAP Kajang akan sentiasa mengingati jasa Bonda, dan doa kami sentiasa bersama Bonda

Saturday, March 19, 2011

Monday, July 12, 2010

Lawatan Sambil Belajar Ke Seremban

Pertengahan bulan Jun yang lalu, Badan Pembimbing Rakan Sebaya 2010 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Seremban. Lawatan ini disertai oleh pembimbing rakan sebaya tingkatan 2 dan 4 serta guru pengiring dan guru kaunseling iaitu, Puan Norhanita, Encik Azri dan Puan Mahani.

Melibatkan lawatan ke ladang buah naga, kilang Yakult dan ladang burung unta (Jelita Ostrich Farm).



Sunday, May 16, 2010

sehari bersama Sasterawan Negara dan penulis-penulis

Tarikh : 14 Mei 2010
Tempat : SMAP Kajang


Pada hari Jumaat yang lalu, SMAP Kajang dihadiri sasterawan negara, Dr. Anwar Ridhwan dan beberapa penulis yang lain. Program ini adalah anjuran Persatuan Penulis Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat. 27 penulis yang terpilih telah ditempatkan bersama-sama pelajar yang dibahagikan kepada 27 kelas.





Setiap pengarang diberi kebebasan untuk menceritakan apa saja mengenai dunia sastera sama ada proses kreatif, karya mahupun pengalaman menjadi penulis. Program ini bertujuan mendekatkan sasterawan dengan masyarakat khususnya generasi muda, sekali gus menerapkan minat mereka kepada karya sastera,”

En Hamzah Hamdani
Ketua Persatuan Penulis Selangor
sumber : Berita Harian











Tuesday, May 4, 2010

Kursus Asas PRS

Pada 30 April hingga 1 Mei telah berlansung kursus asas PRS peringkat sekolah.
Kursus ini Dikendalikan oleh PRS Tingkatan 5 dengan bantuan Umi NAfisah, Pn Norhanita dan En Azri.
Kursus ini berjalan dengan lancar meskipun ramai yang gagal menghadirkan diri atas sebab tertentu.

Monday, March 22, 2010

FEBRUARI & MAC

20 Februari
Mesyuarat koperasi SMAPK

22 Februari
Watikah pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya

24 Februari
Goal Setting pelajar-pelajar Tingkatan 5 bersama Tengku Azuan

25 Februari hingga 27 Februari
Kursus Pengurusan Organisasi

6 Mac
Kejohanan Olahraga 2010
Keputusan :
1) Tariq Ziad
2) Khalid Al-Walid
3) Usamah Zaid
4) Abu Ubaidah

8 Mac hingga 12 Mac
Ujian Bulan Mac

13 Mac Hingga 21 Mac
Cuti Penggal 1

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata