Monday, March 12, 2012

majlis persaraan bonda pengetua

Pada 8 Februari, telah berlangsungnya majlis persaraan Pn Hajah Aminah bt Idris, pengetua SMAP Kajang yang ke-6. Untuk pengetahuan, tarikh tersebut juga merupakan tarikh lahir Puan Hajah Aminah iaitu pada 8 Februari. Majlis tersebut telah dilangsungkan  di Dewan Besar SMAP Kajang. Puan Hajah Aminah atau lebih mesra dipanggil 'bonda' oleh warga SMAP Kajang telah memulakan perkhidmatannya di bumi SMAP Kajang bermula 23 Mac 2009 sehinggalah 8 Februari 2011. Beliau telah berkhidmat di SMAP Kajang selama 2 tahun, 11 bulan dan 16 hari. Majlis tersebut bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Sebagai selingan bagi memeriahkan lagi majlis tersebut, pelbagai persembahan telah diadakan. Antaranya ialah persembahan dikir barat daripada pelajar-pelajar Thailand, puisi dan lagu dan persembahan yang dinanti-nantikan ramai iaitu  All For Ummah. Kepada Bonda, kami pelajar SMAP Kajang akan sentiasa mengingati jasa Bonda, dan doa kami sentiasa bersama Bonda

No comments:

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata