Thursday, March 26, 2009

Program-program di bawah Bahagian Pengurusan SBP dan Kluster

Pada 25 Mac 2009 telah diadakan Mesyuarat Kaunselor SBP Zon Tengah di SM Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang. Ini merupakan pengalamana pertama kaunselor ke sana, jadi memang sangat teruja hendak ke SEMESTA (sehingga tersesat dibuatnya!). Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Aktiviti yang terdekat ialah Kursus PRS SBP Zon Tengah.Aktiviti-aktiviti yang lain ialah Karnival Kerjaya SBP Zon Tengah, Karnival Kerjaya SBP Kebangsaan, dan Seminar Profesionalisme Kaunselor SBP Zon Tengah. Diharapkan agara semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar.

Ujian Bulanan 1 dan Majlis Perpisahan Pengetua SMAPK

Ujian Bulanan 1 berlangsung pada 3 hingga 10 Mac. Kertas yang dijadualkan pada 6 Mac terpaksa ditunda pada 10 Mac bagi memberi laluan kepada Majlis Perpisahan Pengetua SMAPK. Diharap para pelajar dapat menjawab semua kertas ujian dengan baik (walaupun ada para pelajar baru yang terlalu takut untuk menduduki ujian sehinggakan mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada ujian).

Pada 6 Mac 2009 telah diadakan majlis perpisahan untuk Pengetua SMAPK iaitu Tuan Syed Baharom Syed Hussin di dewan sekolah. Kaunselor begitu sedih sekali kerana tidak dapat menghadiri majlis tersebut kerana masih lagi terlibat dengan pembinaan modul untuk para pelajar Thailand (tetapi masih lagi sempat membeli hadiah UBK dan PRS untuk beliau). Di kesempatan ini, pihak UBK dan PRS ingin mengucapkan terima kasih di atas segala bantuan dan nasihat yang diberikan. Jasa Tn Syed akan kami kenang sampai bila-bila!

Program Cuti Sekolah Pelajar Thailand

Pada 4-6 Mac 2009, Kaunselor SMAPK serta Penyelaras Pelajar Thailand SMAPK bersama-sama dengan SMAP Labu telah mengadakan mesyuarat untuk membina modul bagi Program Cuti Sekolah Pelajar Thailand di Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Program ini dijalankan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mesyuarat berkisar kepada pembinaan modul yang menekankan kepada penguasaan Bahasa Inggeris memandangkan masih ramai lagi para pelajar Thailand yang lemah dalam penguasaan BI ini. Banyak aktiviti menarik yang dibincangkan seperti treasure hunt, word puzzle, lawatan ke Melaka dan sebagainya. Program ini berjalan pada cuti sekolah iaitu 14 hingga 22 Mac 2009 iaitu 14 hingga 17 Mac di SMAP Labu dan 18 hingga 22 Mac di SMAP Kajang. Pada akhir program, para pelajar Thailand kelihatan begitu gembira dan telah mendapat banyak pengetahuan dan kemahiran dalam Bahasa Inggeris. Diharapkan agar program ini telah membantu para pelajar Thailand ini dalam menghadapi pembelajaran di dalam kelas terutamanya bagi mata pelajaran kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains

Sukan Tahunan Sekolah

Sukan Tahunan SMAPK diadakan di padang SMAPK pada 28 Februari 2009. Acara akhir seperti tarik tali, acara trek, dan acara guru telah diadakan dengan begitu meriah sekali. Tetamu jemputan ialah AJK PIBG SMAPK iaitu Datuk Wira Kasih. Kaunselor SMAPK iaitu Cik Hasreena telah dipilih untuk menjadi pengacara pada hari berkenaan. Walaupun ini merupakan pengalaman kaunselor kali pertama menjadi pengacara, namun akhirnya dapat juga dilaksanakan dengan baik (ada juga pengacara tersasul beberapa kali). Secara keseluruhannya Sukan Tahunan dapat berjalan dengan lancar.

Sunday, March 22, 2009

Berilah Sokongan Kepada Earth Hour

Kaunselor dan PRS SMAPK ingin mengajak anda untuk menyokong usaha murni ini bagi mengurangkan kesan pemanasan globl ini dengan menutup suis lampu anda selama sejam pada 28 Mac 2009dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Pada masa yang sama, kami ingin meminta agar anda semua dapat memastikan bahawa keselamatan anda adalah terjamin pada masa kegelapan tersebut. Jangan sampai anda mengabaikan keselamatan anda!

Friday, March 20, 2009

Sesi Penerangan & Perjumpaan Dengan Pemegang Bantuan Kewangan Petronas


Pada 10 Mac 2009 di Pusat atihan Petronas, Shah Alam, seramai 3 pelajar tingkatan 5 dan 1 orang pelajar tingkatan 4 telah menghadiri sesi penerangan dan perjumpaan ini. Para pelajar didedahkan kepada beberapa bidang kerjaya di Petronas seperti juruterapetroleum, jurutera awam dan sebagainya. Guru kaunseling juga berpeluang untuk memberi pandangan dalam sesi yang diadakan. Diharapkan agar sesi ini dapat memberi kesedaran kepada para pemegang biasiswa Petronas tentang kepentingan mendapat keputusan yang cemerlang serta aktif di dalam kegiatan kokurikulum.

Friday, March 6, 2009

Karnival Kerjaya 2009

Mesyuarat untuk pertandingan Karnival Kerjaya telah dijalankan di PPD pada 25 Februari di SMK Cheras Jaya. Dalam mesyuarat ini, kaunselor dimaklumkan tentang peraturan dan tema baru untuk pertandingan karnival kerjaya tahun ini.

Kaunselor telah mengadakan mesyuarat dengan PRS SMAPK tentang pertandingan ini. Sambutannya adalah sangat menggalakkan sehinggakan ada PRS berebut-rebut hendak mengambil bahagian dalam EAK (mungkin sebab hendak menang lagi :) ... kalau menang lagi la tahun ini) sampai kaunselor terpaksa "menakut-nakutkan" mereka tentang komitmen dan segala titik peluh dan darah serta air mata yang telah "tumpah" untuk sampai ke peringkat kebangsaan tahun lepas. Rupa-rupanya mereka masih berdegil dan akhirnya kaunselor menyerahkan kepada kemahiran PRS itu sendiri untuk berunding sesama sendiri. Harapan kaunselor agar para PRS dapat memberikan yang terbaik untuk pertandingan ini memandangkan pertandingan diadakan awal pada tahun ini.

Secara peribadi, kaunselor merasakan bahawa pertandingan kerjaya tahun ini sememangnya mencabar kerana tema yang baru dan masa yang suntuk untuk membuat persiapan. Bagaimana pun, kaunselor percaya bahawa PRS SMAPK mampu untuk melakukan yang terbaik. Doakanlah kejayaan kami!

EAK Selangor 2008 - Proses Pembuatan Cermin Mata